Latar belakang Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih

Kes pertama COVID-19 yang dikesan di Amerika Syarikat telah disahkan di negari Washington pada 20 Januari 2020, ia berasal dari seorang lelaki berumur 35 tahun yang telah kembali dari Wuhan, China pada 15 Januari.[4] Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih ditubuhkan pada 29 Januari.[2] Pada 31 Januari, pentadbiran Trump mengisytiharkan darurat kesihatan awam,[5] dan meletakkan sekatan perjalanan untuk masuk bagi pelancong dari China.[6]

Pada 10 Mac 2020, The Hill melaporkan bahawa ahli Republikan Senat A.S. yang telah menghadiri taklimat dengan Presiden Donald Trump telah mendorongnya untuk mengadakan lebih banyak taklimat dan menjadikan Anthony Fauci sebagai "wajah tindak balas kerajaan persekutuan" kerana menurut seorang senator yang tidak disebutkan namanya, "beliau mempunyai kredibiliti", beliau "berbicara dengan wewenang" dan beliau "mempunyai rasa hormat dalam komuniti perubatan."[7] Peranan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Alex Azar diperkecilkan, menurut Wall Street Journal, dengan Pence mengambil peranan yang lebih besar.[8]

Pasukan petugas telah menggunakan taklimat sidang media untuk menyampaikan kemas kini, panduan, dan perubahan dasar kepada masyarakat semasa pandemik COVID-19 di A.S.[9][10][11]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32004427 //doi.org/10.1056%2FNEJMoa2001191 https://www.politico.com/news/2020/03/16/trump-rec... https://www.politico.com/news/2020/03/16/white-hou... https://thehill.com/homenews/administration/485513... https://thehill.com/homenews/senate/486870-gop-sen... https://www.usatoday.com/story/news/politics/2020/... https://www.wsj.com/articles/hhs-secretary-is-larg... https://www.state.gov/coronavirus https://www.whitehouse.gov/briefings-statements/st...